Sunday, January 29, 2012

MR roti canai lembut

Menikmati roti canai lembut pg td di Restoran Gembira.. Mmg gembira.. Haha

MR Scaling gigi

Smalam aku pergi ke klinik pergigian di seksyen 18 utk melakukan scaling gigi.. Ini adalah rutin bg setiap 6 bln utk menjaga gigi agar boleh memaintainkan senyuman bersinar aku.. Haha.. Rutin ini penting bg aku sbb kte kene ade kesedaran gigi kte ni bkn leh replace lg dh kalau rosak.. Juga meningkatkan self confident kte.. Sepatutnya aku buat scaling gigi ni bln 12 aritu tp terlupe la plak.. So smlm sbb aku teringt dan ade ms aku pun g la wat.. Proses scaling gigi ni kejap je.. Dlm 5 minit siap la.. Kepada anda semua.. Jagalah gigi anda sementara ianya masih elok.. *twink*... Haha

Saturday, January 28, 2012

MR ABC seksyen 2

Skali skala pekena ABC..

MR Mengecat brake disc

Inilah bhn2 yg diperlukan disertakan kegigihan mengecat di celah2 sport rim dan sinaran panas matahari..

Wednesday, January 25, 2012

MR Cara Menadah Tangan dan Berdoa Dengan Betul

Assalamualaikum.. Hari ni aku nk kongsi artikel yg aku dpt melalui email.. Nk kredit kat sp pun xtau sbb bkn laman web aku dpt mende ni.. Tp mende baik apa salahnya dikongsi ye x?

SEMOGA MEMBERI MANAFAAT KEPADA KITA SEMUA...

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.

Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.

“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara.

Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Mencari keberkatan doa…

Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Monday, January 23, 2012

MR Karok bersama Tenomian

Aktiviti karok malam xinnian kuaile

Sunday, January 22, 2012

Saturday, January 21, 2012

MR Astana Lumayan Condominium

As on 21st jan 2012.. Mine atas skali.. So masih lum nmpk.. Hehe

MR Baucar Buku 1Malaysia

1Najib 1Malaysia.. Haha

MR Recognition Day

Yesterday on 20th Jan 2012 the recognition day was held at Lanai Kijang. The event was attended by Assistant Governor i.e Encik Abu Hassan. Alhamdulillah for 2011 i was awarded the leadership award. There is a certificate and some RM for me.. Hehe

Thursday, January 19, 2012

MR new malaysia note 2012

Note rm20 is back!!

MR kosmo failed

Arsenal vs Swansea tp gmbr Arsenal vs Qpr.. Ape cite?

Saturday, January 14, 2012

MR Collaboration day

Collaboration day 13-15 jan 2012

Wednesday, January 11, 2012

MR Yakjuj Makjud

Berikut merupakan artikel yg aku baca dr web ini OhSyok.. Artikel ini amat menarik so aku nak share kat sini..


Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States!

Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Katahui cerita lanjut di bawah ini…

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. “Cerita ini harusdiberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.Sumber itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. “Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.


Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.

“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ.

“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. Ciri-ciri tersebut ialah;

1. Seperti manusia biasa,mereka berjalan dengan dua kaki.

2. Mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi.

3. Jari-jari mereka seperti kuku binatang.

4. Tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole.

5. Kulit mereka tebal dan sangat kuat untuk menahan panas melampau di bawah tanah.

6. Bahasa perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

7. Mereka mempunyai sistem otot yang besar dan kuat, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.



“Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria”, mengikut kata sumber.

“Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia”.

“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?”

Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius,

1. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasama?

2. Adakah mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi?

3. Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?

4. Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi?

Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa – telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.

Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole – satu inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.

Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.

DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:

“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98)

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Credit to OhSyok

MR Supermassive jammed

This morning i was late to my office. I heard there was an accident at federal highway. Tp the accident kat opposite lane.. Lane ke KL pun jem.. Teruk lak tu.. Kepada warga KL yg memandu kereta.. Silalah jgn jd org yg terlalu prihatin.. Stakat tgk je x membantu pun woi!..